PROMOTION FACE MASK ! HAND SANITIZER ! THERMOMETER WITH MDA !
10.10 SALE KEMBALI LAGI!! DAPATKAN COUPON RM5 UNTUK PEMBELIAN RM50 DAN KE ATAS. COUPON CODE : PERMATA10
4 CARA MENGATASI MASALAH BAU BADAN DENGAN PETUA TRADISIONAL

PUNCA BAU BADAN

Punya bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. 

pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. 

Toksin ini disingkirkan sekiranya, ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

 

CARA MENGATASI MASALAH BAU BADAN 

Walaupun banyak product yang ada di pasaran di luar  sana, Apa kata kita cuba cara yang tradisional. 

 

GUNA LIMAU KASTURI 

• Potongkan limau kasturi

• Selepas potong, buangkan bijinya

• Kemudian makanlah kulit limau kasturi kasturi itu bersama limau 

• Amalkan selalu 

 

GUNA DAUN SIRIH 

 

• Gunakan daun sirih.

• Daun sirih ini dikatakan boleh bertindak sebagai antiseptik di samping mengandungi zat aktif 

• Daun sirih juga membantu menghilangkan bau badan lebih-lebih  lagi yang  berpunca daripada kuman atau bakteria.

• Caranya ambil 5 helai daun sirih dan rendam dalam satu bekas berisi air panas.

• Biarkan ia menyejuk dengan sendiri.

• Bila sudah sejuk minum air rendaman. 

• Cuba amalkan setiap hari dan lama-lamamaan masalah badan berbau  akan hilang. 

• Kalau rasa macam tidak berapa lalu mahu minum air rendaman, boleh tambahan sedikit gula. 

 

GUNA TIMUN 

• Timun juga boleh digunakan sebagai ramuan petua hilangkan bau badan. 

• Caranya potong timun kepada beberapa kepingan kecil. 

• Semasa mandi, Gosokkan kepingan timun itu pada seluruh badan. 

•Setelah itu baulah dibilas  bersih. 

 

 GUNA BUNGA CENGKIH

• Kalau tiada selera untuk minum air sirih, boleh guna bunga Cengkih. 

• Caranya ialah rendaman beberapa kuntum bunga cengkih dalam satu cawan air panas. 

• Biarkan sehingga kembang. 

• kemudian minum air rendaman tersebut. 

• Amalkan sekerap yang mungkin untuk mengelakkan maalah badan berbau 

 

       AKHIR KATA 

Diharapkan agar perkongsian ilmu berkenaan cara untuk mengatasi masalah bau badan ini akan memudahkan lagi urusan anda. 

Semoga bau badan kita semua harum dan tidak mengeluarkan aroma yang membuatkan orang jadi tidak selera.