PROMOTION FACE MASK ! HAND SANITIZER ! THERMOMETER WITH MDA !
10.10 SALE KEMBALI LAGI!! DAPATKAN COUPON RM5 UNTUK PEMBELIAN RM50 DAN KE ATAS. COUPON CODE : PERMATA10
5 SEBAB ANDA SELALU KELETIHAN

1) DIABETES 

Selain simptom utama diabetes iaitu selalu  berasa dahaga, kerap kencing dan berat badan turun mendadak, keletihan  sepanjang masa juga merupakan salah satu  daripadanya. 

Hal ini disebabkan oleh peningkatan paras  gula di dalam badan  yang mempengaruhi daya fokus, mudah marah dan keletihan sepanjang masa. 

 

2) TIDUR YANG TIDAK TERATUR 

Waktu tidur yang baik adalah pada waktu malam dan pada masa yang sama setiap malam. Kajian mendapati corak tidur  yang tidak teratur akan mengganggu jam biologi tubuh dan boleh menyebabkan keletihan yang kronik. 

Tetapkan waktu  yang sama setiap malam untuk tidur dan jadikannya sebagai rutin harian penting yang anda mesti ikut. 

 

3) KURANG PENGAMBILAN PROTEIN 

Pengambilan protein membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam  badan. Pengambilan makanan dengan sumber protein yang tinggi  dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme badan serta membantu mengatasi masalah keletihan. 

 

4) DEHIDRASI

Tubuh kita memerlukan air secukupnya untuk berfungsi dengan baik. 

Kajian mendapati dehidrasi  boleh menurunkan tahap tenaga serta mengganggu daya konsenttrasi seseorang. 

Pastikan pengambilan air yang cukup setiap hari bagi menggantikan jumlah air yang disingkirkan dari tubuh melalui urin dan peluh. 

 

5) KEMURUNGAN

Selain daripada faktor kesihatan fizikal, faktor kesihatan mental juga memainkan peranan yang besar kepada masalah keletihan. 

Kemurungan menyebabkan kesukaran untuk tidur, hilang minat dalam aktiviti yang penah disukai sebelum ini dan tidak  bertenaga sepanjang hari walaupun tidak melakukan sebarang aktiviti. 

Selain daripada masalah yang disenaraikan di atas, terdapat juga faktor kesihatan yang lebih serius seperti penyakit kanser, sindrom keletihan yang kronik, masalah tiroid dan sebagainya. 

Jika anda menghadapi masalah keletihan sepanjang hari, terutamanya jika masalah  ini berlanjutan dalam jangka masa yang lama, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengenal pasti punca sebenar. 

 

TERIMA KASIH YANG SUDI MEMBACA BLOG PERMATA HERBA, SEMOGA BERMANFAAT