
8 Petua Menaikkan HB Rendah Ketika Mengandung (No.6 Paling Mudah!)
Kehamilan sememangnya merupakan detik bahagia bagi pasangan yang telah berkahwin terutamanya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.
Saat mendapat berita kehamilan, ibu bapalah orang yang paling bahagia di atas muka bumi ini terutamanya untuk pasangan baru berkahwin.
Tetapi ada juga wanita yang mempunyai masalah hb rendah pada setiap kali mengandung. Pelbagai ubat telah dicuba namun bacaan masih juga rendah.
Tak perlu risau lagi, artikel ini akan membantu anda cara meningkatkan hb yang rendah.
Untuk mereka yang terpinga-pinga, Hb merupakan singkatan untuk hemoglobin. Mari ketahui dahulu apakah itu hemoglobin dan punca-punca ia rendah.
Apa Itu Hemoglobin?
Menurut kajian, hemoglobin (lebih dikenali sebagai hb) adalah protein yang berada di dalam sel darah merah.
Hb digabungkan bersama dengan oksigen dan karbon dioksida untuk dibawa melalui sistem pendarahan ke tisu dalam badan.
Ia memberi banyak fungsi bagi tubuh. Sebab itulah bacaan normal hb perlu dijaga.
Kadar normal hemoglobin adalah bergantung kepada usia, awal remaja, dan jantina individu tersebut.
Jika anda mengalami masalah atau produksi sel darah merah yang menurun, jumlah hemoglobin dalam badan juga akan berkurang.
Punca hemoglobin rendah
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kadar hemoglobin menjadi rendah. Antaranya adalah:
1. Kehilangan darah berlebihan
Antara sebab kehilangan darah adalah luka dan cedera parah.
Tetapi bukan itu sahaja, kehilangan darah juga boleh datang akiba kanser, luka dalam organ, pendarahan pada sistem pencernaan dan lain-lain lagi.
Jika tidak dibendung, kadar hb akan menjadi tidak normal seterusnya akan memberi effect kepada ibu mengandung.
2. Amenia
Amenia adalah gangguan darah yang umum sekali terjadi akibat daripada kekurangan atau masalah penyerapan zat besi.
Untuk wanita mengandung, tubuh mereka tidak mampu menghasilkan kadar hemoglobin yang cukup jika tidak mengamalkan makanan atau suplemen yang kaya dengan zat besi.
Penyakit atau gangguan kesihatan lain seperti kekurangan hormon tiroid dan penyakit ginjal tahap akhir adalah juga merupakan punca amenia terjadi.
3. Kanser Darah
Kanser darah seperti penyakit limfoma dan leukemia juga merupakan punca hemoglobin menjadi rendah.
Kanser tersebut akan menghalang sel darah merah hinggakan bekalan darah merah menjadi sangat sikit.
Kadar hemoglobin bawah normal akan menyebabkan gangguan kesihatan, lebih-lebih lagi pada sistem peredaran darah. Ini akan membahayakan ibu mengandung.
Jadi, jika anda menghadapi masalah hemoglobin yang rendah, eloklah terus berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut mengenalpasti puncanya.
Bagaimana cara untuk menaikkan Hb yang rendah?
Terdapat beberapa pengambilan makanan yang mengandungi nutrien seperti zat besi, vitamin C dan asid folik yang mampu membantu menaikkan kadar hemoglobin.
Dalam masa yang sama, ia juga merupakan langkah mengelakkan anemia.
4 Daging Ayam
Tahukah anda bahawa terdapat zat besi yang berguna dalam daging ayam?
Dengan mengamalkan bahagian peha atau dada ayam sehari sekali, ia mampu meningkatkan kadar hb yang rendah.
Walaupun bahagian dada ayam juga baik untuk hb, ia tidaklah sebaik bahagian peha ayam.
Pastikan ayam tersebut telah masak sepenuhnya sebelum memakannya. 4.makanan laut
-
-
Ikan, kerang dan udang merupakan antara makanan laut yang mampu menaikkan kadar hb.
Selain itu, tuna ikan juga terdapat zat besi yang boleh menaikkan hemoglobin dalam darah anda. Ada 1.4mg zat besi yang bagus dalam dalam setiap 85 gram tuna.
-
Daging lembu
Selain daging ayam, daging lembu juga boleh menaikkan kadar hb dalam darah. Terdapat zat besi yang bagus untuk meningkatkan pengeluaran hemoglobin.
Jadi, sel darah merah juga dapat menghasilkan dengan kadar yang mencukupi.
Terdapat 2.7mg zat besi yang baik untuk tubuh dalam setiap 100 gram daging lembu.
-
Susu Kurma
Tahukah anda bahawa buah kurma pun boleh meningkatkan hb dalam darah?
Anda boleh minum susu kurma seperti brand Farm Fresh. Jangan risau bab manis kerana susu ini tiada gula dan tiada perasa tambahan.
Kemanisan susu ini datang dari buah kurma yang asli.
Anda disarankan untuk mengamalkan minum susu kurma ini dua kali sehari, iaitu selepas sarapan pagi dan sebelum tidur.
- jus delima Tahukah Anda ?
- Buah delima kaya dengan antioksidan
- Mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi
- Dapat mengelakkan kanser
- Khasiat delima mampu mengurangkan Alzheimer
- Membantu pencernaan
- Khasiat delima: Merendahkan tekanan darah
- Jus delima mempunyai sifat anti viral
-
Sayur dan Buah
Selain itu, banyak juga sayur dan buah yang boleh diamalkan setiap hari untuk menjaga kadar hemoglobin.
Sayur-sayuran dan buah-buahan amat kaya dengan vitamin C yang mampu memperbaiki sistem imun di samping membantu proses penyerapan zat besi dan pertumbuhan tubuh.
Contohnya adalah seperti brokoli, mangga dan kismis.
-
TAUHU
Tauhu mempunyai kandungan protein nabati yang bagus untuk menaikkan hemoglobin.
Terdapat 2.66mg zat besi bersama dengan mineral, kalsium dan magnesium dalam setiap 100 gram tauhu.
Jelaslah bahawa terdapat pelbagai jenis makanan yang dapat menaikkan hb.
-
Jika anda mencari produk yang baik untuk ibu hamil, jus delima sangat sesuai untuk ibu hamil
SEMOGA INFO YANG KAMI BERIKAN KEPADA ANDA SEMUA MEMBERI MANFAAT JANGAN LUPA KONGSIKAN KEPADA KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN ANDA