PROMOTION FACE MASK ! HAND SANITIZER ! THERMOMETER WITH MDA !
NOVEMBER BIG SALE IS HAPPENING NOW!! DAPATKAN COUPON DISKAUN RM5 UNTUK PEMBELIAN MINIMUM RM50. COUPON CODE : PERMATA11
ADA MASALAH EKZEMA YANG PEDIH ? 5 BAHAN RAWATAN SEMULAJADI INI BOLEH BANTU ATASINYA!

RAWATAN RUMAH UNTUK EKZEMA 

Ekzema adalah sejenis keradangan kulit yang boleh menyebabkan bengkak, gatal atau ruam merah yang mengakibatkan kulit kelihatan seperti melecur. 

 

Dikenali sebagai atopic dermatitis, masalah kulit ekzema ini biasa berlaku pada bahagian muka, tangan, siku atau lutut. Ia sering dialami oleh kanak-kanak dibawah usia 5 tahun, tetapi ia boleh dihidapi oleh sesiapa pada mana-mana peringkat usia. 

pelbagai cara boleh diguanakan untuk merawatkan masalah ini, seperti penggunaan krim, produk semula jadi atau menjalani perubahan gaya hidup. 

Salah satu cara lain adalah dengan menggunakan kaedah rawatan rumah untuk ekzema. 

 

5 BAHAN RAWATAN RUMAH  UNTUK EKZEMA 

Berikut adalah beberapa bahan yang boleh diguanakan. 

 

1. GEL LIDAH BUAYA 

Terdapat pelbagai kegunaan gel yang berasal dari tumbuhan lidah buaya ini. Salah satu fungsi umumnya adalah untuk melegakan ekzema. Gel ini mempunyai ciri-ciri antibakteria, antimikrobial, Meningkatkan sistem imum dan Penyembuhan luka. 

Anda boleh membeli gel lidah buaya ini dengan permata herba. 

 

2. MINYAK KELAPA 

Terdapat kajian yang mengatakan penggunaan minyak kelapa dapat mengurangkan jumlah bakteria pada kulit dan menghindari risiko jangkitan. 

Minyak kelapa mengandungi asid lemak yang sihat yang boleh menambah kelembapan pada kulit, Sekali gus baik untuk individu dengan masalah kulit kering dan ekzema. 

Anda boleh menyapu minyak kelapa, selepas mandi atau beberapa kali dalam sehari untuk melembapkan kulit. Pastikan anda turut menyapunya Sebelum tidur untuk memastikan kelembapan kulit Sepanjang malam. Pastikan anda menggunakan minyak 'dara' atau 'Cold pressed'-Kaedah pengekst rakan kimia yang boleh menjejaskan kulit. Individu yang mempunyai alahan kepada kelapa, tidak patut menggunakan minyak kelapa. 

 

3. CUKA EPAL

Dipercayai antara rawatan rumah yang popular untuk pelbagai masalah kesihatan, termasuk masalah kulit. 

Walaupun tiada kajian  untuk mengesahkan fakta ini, tetapi National Ekzema Association (NEA) melaporkan bahawa cuka epal ini boleh membantu masalah kulit ekzema. 

Cuka epal dipercayai dapat memberikan keseimbangan kepada tahap keasidan kulit dan melawan bakteria. 

Perkara paling penting  dalam penggunaan cuka adalah untuk mencairkan (dilute) cuka terlebih dahulu dengan cara mencampurkan sesuatu cuka bersama segelas air, Jika tidak, Cuka boleh menyebabkan luka terbakar atau keceraan lain. 

Anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan dengan cara balutan basah iaitu dengan meletakkan campuran cuka yang telah dicairkan ke atas kapas. 

Selain itu anda boleh menggunakan kain kasa dan letakkan ia pada bahagian kulit yang bermasalah dan lindunginya atau tutupnya dengan kain yang bersih. 

Anda juga boleh memilih cara mandian dengan Mencampurkan dua cawan cuka ke dalam tab mandian panas dan rendam selama 15-20 minit. selepas itu bilas badan dengan air yang bersih. sapu pelembap pada badan beberapa minit selepas mandi. 

 

4.MINYAK MATAHARI 

Berfungsi untuk meningkatkan ciri pelindung kulit dan membantu mengekalkan kelembapan serta mempunyai fungsi antikeradangan.

Anda boleh menyapu minyak ini kepada kulit individu dewasa sebanyak dua kali sehari, Dengan salah satu sapuan dilakukan selepas mandi  dalam keadaan kulit masih basah. 

Tetapi jika anda mengetahui bahawa anda alah kepada biji bunga mahatari, elakkan penggunaan minyak ini. 

 

5.MADU

Merupakan agen antibakteria dan antikeradangan semula jadi kerana dapat membantu menyembuhkan luka dan meningkatkan fungsi imun yang bermakna dapat membantu melawan jangkitan. 

Madu dapat membantu mencegah jangkitan semasa melembapkan kulit dan mempercepatkan penyembuhan bagi individu yang mengalami ekzema serta mengurangkan gejala keradangan kulit. Anda boleh mencuba kaedah ini dengan menyapu sebatian madu ke bahagian yang bermasalah.