RM4.00 RM4.50
Anugerah Air Mineral
Price RM4.00 RM4.50
Product SKU Anugerah-01
Reward Points 4
Points Needed 400
Availability In Stock
Quantity
Description
Highlight
  • Air Mineral 
  • Dibaca dengan 30juz
  • Sesuai untuk semua

Air Mineral Anugerah

Air Anugerah menggabungkan air sebagai penawar semulajadi dengan ayat-ayat syifa’ dan doa-doa dari al-Quran, hadis Rasulullah yang muktabar serta amalan Salafussoleh. Kombinasi unik untuk membantu menghilangkan kesakitan rohani dan jasmani anda. Insya-Allah.

Kandungan: 500 ml

Hilangkan dahaga anda dengan Air Anugerah. Ia menggabungkan air mineral yang ditenagakan dengan ayat-ayat ruqyah dan doa-doa dari al-Quran, hadis Rasulullah yang muktabar serta amalan Salafussoleh. Air Anugerah adalah kombinasi unik untuk membantu menghilangkan kesakitan rohani dan jasmani anda. Insya-Allah.

Ayat-ayat al-Quran sebanyak 30 juzuk dibacakan dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat al-Quran tersebut dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan tertentu.

Antara ayat-ayat dan doa-doa khusus selain bacaan 30 juzuk al-Quran yang terkandung di dalam Air Anugerah

Surah al-Faatihah untuk menyembuh keracunan
Surah al-Syarh untuk menghilangkan kesulitan dan bebanan
Surah al-Qadr untuk membuka minda, hati dan menerangkan mata
Surah al-Kafirun untuk menghindari gangguan jin dan syaitan
Surah al-Ikhlas untuk menjauhi dari pandangan manusia yang berniat jahat
Surah al-Falaq untuk menyembuh penyakit siang dan malam
Surah al-Isra’ ayat 28 untuk pendinding dan pembimbing
Surah at-Taubah ayat 128 untuk menghilangkan kesakitan
Ayat Kursi untuk menghindar gangguan jin dan syaitan
Surah al-Baqarah untuk keselamatan dari malapetaka yang tidak dijangka
Surah al-Isra’ untuk penawar segala jenis kesakitan
Surah as-Saaffaat untuk mendapat kesihatan tubuh badan
Surah A-li’imraan untuk kesihatan dan pelindung dari ganguan jin dan syaitan
Ayat-ayat Ruqyah
Bacaan istighfar untuk pengampunan dan penyembuh rohani dan jasmani
Bacaan doa penyembuh angin ahmar
Bacaan doa khatamul Quran untuk penyembuh penyakit rohani dan jasmani
Selawat Nabi dan doa syifa’
Selawat Tafrijiyyah
Ayat penawar dan pembatal sihir dan pukau
Doa menghindari ganguan syaitan
Ayat pendamai
Ayat pelembut hati
Doa pengasih
Doa pelaris perniagaan
Doa penyejuk hati
Doa menghindar gangguan semasa tidur
Doa pendinding
Doa penerang hati


Khasiat Air Mineral Anugerah

  • merawat penyakit luaran dan dalaman semakin pulih
  • wajah semakin ceria dan berseri 
  • hati menjadi lunak dan mudah menerima perkara yang baik 
  • badan semakin bertenaga dan bersemangat 
  • rumahtangga semakin harmoni dan gembira 
  • terlindung dari gangguan ilmu hitam dan makhluk halus 
  • hati semakin lembut dan mudah menerima nasihat (untuk kanak-kanak) 
  • daya ingatan semakin kuat dan cerdas
  • mudah untuk melahirkan anak (untuk wanita hamil)

Kandungan Air Mineral Anugerah

Air Mineral Bawah Tanah: Sumber air ini tidak mudah tercemar dan merupakan elemen yang amat penting untuk kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Air mineral membantu membersihkan racun dari tubuh badan, memberikan tenaga kepada otak dan menurunkan berat badan, selain memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerikan lagi kulit.


Cara Penggunaan Air Mineral Anugerah

Mulakan dengan Bismillah dan Selawat 3 kali
Lafazkan niat dalam hati.
Boleh diminum disapu pada muka dan kepala pada bila-bila masa
Pastikan Air Anugerah tidak dilangkah.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
What's in the box

1x botol air anugerah