PROMOTION FACE MASK ! HAND SANITIZER ! THERMOMETER WITH MDA !
SPECIAL SEPTEMBER!! DAPATKAN VOUCHER RM5 UNTUK PEMBELIAN MINIMUM RM100 SEPANJANG BULAN INI. VOUCHER CODE: SEP22RM5
APAKAH SIMPTOM-SIMPTON BAYI KEMBUNG PERUT ?

Tanda-tanda bayi kembung perut yang perlu anda awasi adalah termasuklah :

 

• EPISOD MENANGIS YANG BOLEH DIJANGKA :

Bayi akan menangis pada waktu sama setiap hari, biasanya pada lewat tengah hari atau petang. Episod ini mungkin bertahan dari beberapa minit hingga tiga jam atau lebih pada hari tertentu.

 

• TANGISAN YANG KETERLALUAN :

Tangisan kolik adalah keterlaluan, Kedengaran kesusahan dan selalunya pada nada yang tinggi. Wajah bayi anda mungkin berjuraian air mata, dan dia adalah sangat sukar untuk ditenangkan. 

 

• MENANGIS TANPA SEBAB YANG JELAS : 

Menangis yang berkaitan dengan masalah kembung perut berlaku tanpa sebab yang jelas. 

 

• PERUBAHAN POSTUR : 

Menggulung kaki, Mengepal tangan dan otot perut yang tegang adalah biasa semasa episod kolid. 

 

TIPS MELEGAKAN KEMBUNG PERUT BAYI 

 

1. TEKNIK PENYUSUAN 

Anda perlu memastikan bayi melekap pada puting susu dengan betul. 

Ini akan membantu memberikan posisi paling selesa supaya bayi dapat menyusu tanpa menelan 'angin'. Teknik lekapan baik juga mengelakkan anda daripada melecet atau terkena nipple crack yang amat pedih!

 

2. TUKAR SUSU FORMULA 

Masalah kembung perut pada bayi mungkin disebabkan oleh alahan terhadap susu formula tertentu. Sesetengah bayi tidak sesuai dengan susu formula tertentu. Sesetengah bayi tidak sesuai dengan susu formula tertentu disebabkan oleh alahan terhadap protein susu lembu, laktosa, atau ususnya yang belum matang. 

 

3. PUTING YANG SESUAI

Jika bayi anda Menyusu daripada botol, pastikan anda menggunakan saiz puting yang bersesuaian. saiz puting memainkan peranan penting terhadap aliran susu sehingga menyebabkan bayi tidak selesa perut.

 

4. MENJAGA PEMAKANAN 

Ibu menyusu badan  mungkin perlu mengelakkan bebrapa jenis makanan yang diketahui menyebabkan masalah kembung perut pada bayi. Antara jenis makanan yang harus dielakkan adalah kubis, brokoli, bunga kubis, kafein, atau makanan daripada sumber tenusu. 

 

5. SENDAWAKAN BAYI

Bayi kurang disendawakan berpotensi mengalami kembung perut kerana mempunyai 'angin' terperangkap. Gunakan teknik yang betul untuk sendawakan bayi. 

Jika bayi anda muntah sedikit selepas menyusu seperti jeluak adalah biasa dan ia merupakan satu keadaan tidak berbahaya bagi bayi. 

 

6. ALIHKAN PERHATIAN 

Alihkan tumpuan bayi dengan membawanya bersiar-siar dan mengambil angin di halaman rumah. Persekitaran baru mungkin akan menarik perhatian bayi untuk melupakan ketidakselesaan dan berhenti menangis.

 

7. MENGURUT 

Gunakan minyak yang sesuai untuk disapu pada perut bayi dan urutkan dengan lembut. Sebaiknya anda perlu memastikan teknik urutan yang anda gunakan adalah betul dan tidak mendatangkan bahaya kepada bayi.

 

8. DODOIKAN 

Ada masanya kembung perut pada bayi boleh diatasi dengan memujuk bayi anda. Dodoikan bayi dengan lembut, dan jangan sesekali meninggikan suara pada bayi. Cuba untuk memberikannya ketenangan. 

 

9. DAPATKAN BANTUAN 

Cuba dapatkan bantuan pasangan agar mereka dapat meredakan tekanan yang menyelubungi perasaan anda. Pastikan ibu semua mendapat rehat yang scukupnya kerana anda juga perlu sihat untuk menguruskan bayi. 

 

• Diet ibu menyusu badan mungkin tidak memainkan peranan dalam simptom kolik bayi. 

Dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan, Mengeluarkan alergen berpotensi dari diet mungkin boleh mengesan alergi makanan tidak diketahui pada bayi. 

 

• TUKAR SUSU FORMULA 

Susu formula berkemungkinan tidak menyebabkan simptom-simptom mereka. Tetapi bertukar kepada sejenis formula yang dipanggil susu formula hidrolyzale mungkin boleh membuat perbezaan jika bayi anda alah kepada susu lembu dan tidak toleransi kepada susu.

 

• TUKAR BOTOL

Mencuba jenis botol atau puting susu yang berbeza boleh membantu mengurangkan sedikit daripada simptom bayi anda. 

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, Sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk si manja anda.