PROMOTION FACE MASK ! HAND SANITIZER ! THERMOMETER WITH MDA !
NOVEMBER BIG SALE IS HAPPENING NOW!! DAPATKAN COUPON DISKAUN RM5 UNTUK PEMBELIAN MINIMUM RM50. COUPON CODE : PERMATA11
DEHIDRASI DAN APA YANG ANDA PERLU TAHU

Setiap hari, tanpa disedari kebanyakan daripada kita mengalami dehidrasi Fikirkan mengenainya, sepanjang hari kerja ada masa anda mula berasa sangat mengantuk? Jadi, kesan pertama dehidrasi adalah keletihan terutamanya semasa musim panas. Berikut beberapa bantuan untuk dehidrasi. 

 

APAKAH PUNCA DEHIDRASI? 

Ramai orang berfikir bahawa tidak meminum air yang secukupnya adalah sebab dehidrasi. Namun, minum air yang tidak mencukupi hanyalah sebagaian daripada punca seseorang boleh dehidrasi. Tubuh kita terdiri daripada 70% air. Setiap hari sering kehilangan sebahagian daripada air itu melalui pembuangan air kecil, Pergerakan usu, peluh, dan air mata. 

Masalahnya munculnya apabila tidak mengambil / menggantikan air yang hilang, dan menyebabkan peratusan air menurun. 

Ohio state university wexner Center mendedahkan bahawa apabila kehilangan air, kita juga kehilangan garam dan elektrolit dalam sistem yang diperlukan untuk tubuh kita. Gabungan kehilangan garam dan air menyebabkan dehirasi.

 

BAGAIMANA ANDA MENGESAN DEHIDRASI? 

APAKAH TANDA-TANDA DAN SIMPTOMNYA? 

 

BAGI DEWASA, TERDAPAT BANYAK 

SIMPTOM SEPERTI:

• Mulut kering / dahaga 

• Urin gelap atau kurang kerap membuang air kecil ( mungkin satu atau da kali sehari ) 

• Mengantuk 

• Sembelit 

• Air mata sedikit apabila menangis 

• Kulit kering 

• Sakit kepala

• Pening 

• Kekejangan otot ( terutamanya ketika bersenam) 

 

BAGI KANAK-KANAK : 

• Kurang membuang air kecil atau lampin 

• Tidak basah selama 6-8 jam kekurangan 

• Urin selama 12 jam pada kanak-kanak yang lebih berusia 

• Air mata yang sedikit apabila menangis 

• Mata kelihatan tenggelam 

• tempat yang lembut di kepala bayi ( ubun-ubun ) kelihatan tenggelam 

• Kurang aktif 

• Keletihan atau pening pada kanak-kanak yang lebih berusia. 

 

APAKAH YANG PERLU LAKUKAN JIKA MENGALAMI DEHIDRASI ? 

Rehyrate! Dehidrasi  ringan boleh dirawat di rumah dengan meminum lebih banyak air. Minum air atau minuman sukan ( Minuman sukan boleh membekalkan ) elektrolit, garam yang hilang melalui peluh dan kehilangan air yang lain ) 

Menurut istitut perubatan, lelaki disarankan untuk minum 13 gelas air sehari ( kira-kira 3 liter ) dan wanita harus minum kira-kira 9 gelas sehari ( kira-kira 2.2 liter).

Ramai daripada kita telah mengetahui peraturan 8x8! minuman lapan, 8 oz. gelas air sehari untuk kekal terhidrasi. 

Walau bagaimana, maklumat ini tidak disokong oleh bukti saintifik. tetapi ia hampir dengan jumlah air yang dicadangkan yang perlu kita minum dan mudah untuk diingat. Disebabkan itu ia kekal, tetapi kita harus minum lebih banyak air daripada 8x8

BIKAH ANDA PERLU MENDAPATKAN PERUBATAN  UNTUK DEHIDRASI ? 

Dalam kes yang teruk, dapatkan rawatan perubatan untuk dehidrasi. tanda-tanda dehidrasi teruk adalah seperti berikut :

• Dahaga melampau 

• Kurang berpeluh apabila aktif 

• Mata tenggelam 

• Kulit merekah atau kering 

• Bernafas laju

• Demam 

• Mulut, kulit, dan membran mukus ( hidung, mulut,tekak , kelopak mata, telinga) terlampau kering 

• Tekanan darah rendah 

• Degupan jantung laju 

• Delirium atau tidak sedarkan  diri ( Dalam kes yang teruk ) 

• Walau bagaimanapun, dehidrasi mudah mendorong kepada masalah besar seperti perubahan mood, gangguan  ingatan, sakit kepala, dan sembelit, Berhati-hati dengan perubahan ini juga. 

BAGAIMANAKAH MENGELAKKAN DARIPADA 2 ON RISIKO DEHIDRASI DI PERINGKAT AWAL ? 

Sebaik sahaja bangun tidur setiap pagi, Minum segelas air. 

Gelas seterusnya adalah sebelum setiap hidangan. 

Sediakan juga sebotol air di meja kerja ( atau di dalam beg ). Ini

akan membantu anda terhidrasi.