JOM KITA SAMA-SAMA IKUT BACA !
APA ITU PANAU ?
Buat anda yang mungkin belum tahu tentangnya, panau atau tineu versi color adalah sejenis jangkitan yis yang disebabkan oleh kulat jenis genus malassezia.ia akan menyebabkan kulit anda timbul tompok-tompok jelas dan pucat yang berwarna putih, coklat, perang, hitam atau merah jambu.
Tompok-tompok ini berbentuk bulat atau bujur dan kadangkala akan bercantum menyebabkannya manjadi lebih besar dan luas.
Kebiasaannya, Ia akan menyerang bahagian kulit yang terdapat banyak penghasilan minyak seperti muka, leher, kulit kepala, dada serta belakang badan.
selain daripada menjejaskan penampilan penderita jangkitan kulat ini juga akan berasa gatal pada kawasan kulit yang mengalami keadaan ini.
Persoalannya, apakah penyebab sebenar kepada jangkitan kulit ini ?
APA PUNCA PANAU
Seperti yang telah kami nyatakan di atas tadi, keadaan kulit berpanau boleh terjadi disebabkan oleh jangkitan kulit jenis genus malassezia.
namun apakah perkara yang akan mencetuskan jangkitan ini? Adakah benar mandi selepas berpeluh adalah angkaranya?
Tidak untuk pengetahuan anda, Kepercayaan ini adalah tidak benar kerana tiada kajian yang menyatakan panau boleh berlaku akibat perkara ini.
Sebaliknya, terdapat beberapa perkara yang boleh menjadi punca kepada jangkitan kulit pada kulit seperti :
• Kulit berminyak
• Kerap berpeluh
• Sistem imun tidak kuat
• Cuaca panas dan lembap
• Selalu memakai pakaian yang lembap
• Atau basah
• Kurang menjaga kebersihan diri
• Kelenjar adrenal telah dibuang
Walau apa pun puncanya, keadaan ini sudah pasti akan mengganggu kehidupan seharian anda terutama dari aspek penampilan diri.
Usah berdiam diri dan menangka bahawa tiada apa yang anda boleh lakukan kerana wujud beberapa lara hilangkan panau secara saintifik.
INI CARA HILANGKAN PANAU SECARA SAINTIFIK !
Sebenarnya, cara merawat keadaan ini tidaklah sesukar yang disangka dan anda sendiri boleh mengubati panau dirumah. Bagaimana ?
Namun sebelum itu, anda perlu mendapatkan ubatan sapuan yang berbentuk krim atau syampu untuk membunuh kulat ini.
Dapatkan ia di klinik, hospital atau farmasi berdekatan selepas berbincang dengan doktor tentang cara terbaik untuk mengubatinya
Berikut adalah senarai ubatan sapuan yang terbukti berkesan sebegai cara hilangkan panau secara saintifik :)
• Lotrimazole ( Lotrimin AF, MYLELEX )
• miconazole ( monistat, M-Zole )
• selenium fulfide ( selsum Blue Shampoo )
• Terbinafine ( Lamifil )
• liclopirox ( loprox, penlac )
• Ketolonazole ( Extina, Nizoral )
• Fluconazole ( Diflucan )
• Itraconazole ( onmel, sporanox )
• Ketoconazale
Selepas berjaya membunuh kulat penyebab jangkitan ini, anda perlu tahu bahawa ia akan mengambil masa sebelum kulit berpanau ini akan hilang sepenuhnya.
Bergantung kepada keterukan Jangkitan, ia mungkin akan memakan masa beberapa minggu atau bulan dan jangkitan boleh kembali jika tidak di jaga dengan baik.
selain ubatan sapukan klinikal ini, wujudkan petua lain yang boleh diamalkan?
PETUA MENGHILANGKAN SECARA TRADISIONAL !
Ya memang wujud petua lama hilangkan panau secara tradisional tapi keberkesannya tidaklah secepat yang nak.
namun, tidak salah untuk ambil tahu dan mungkin cuba lagi ia tidak mendatangkan mudarat bukan ? ini caranya !
1) BAWANG PUTIH
Bawang putih boleh digunakan untuk menghilangkan panau kerana ia bersifat anti kulat dan caranya, anda hanya perlu sapukan ia pada kawasan bertompok yang dijangkiti
2) YOGURT
Yogurt merupakan agen yang sangat bagus dalam mematikan kulat lantas menjadikannya sangat berkesan menghilangkan panau dengan hanya manjadikan yogurt ini sebagai masker.
3) LIMAU & KAPUR
Limau dan kapur adalah bahan alkali yang mampu meneutralkan kadar PH pada kulit yang mungkin boleh menghilangkan panau.
4) MENTEGA, SERBUK KUNYIT & SERBUK CEDANA
Bahan-bahan yang sangat terkenal dalam petua penjagaan kulit ini boleh juga digunakan untuk menghilangkan panau pada kulit anda.
Caranya, sila campurkan bahan-bahan ini menjadi masker sama seperti yogurt dan tampalkan ia pada kawasan yang dijangkiti
Keadaan ini.
Dalam pada itu, anda juga mungkin boleh ambil vitamin tambahan sebagai suplemen di samping mengamalkan kebersihan diri untuk mengelakkan panau. berlaku dan berulang kembali okay!