PROMOTION FACE MASK ! HAND SANITIZER ! THERMOMETER WITH MDA !
PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN MINIMUM RM100 SEPANJANG BULAN JANUARI 2023 INI!!
Mengapa Minyak Zaitun Berasa Kelat dan Pahit

Kena faham bahawa yang membuat rasa pahit dan kelat dan pahit dalam minyak zaitun itu disebabkan oleh kandungan minyak zaitun yang mempunyai dua sebatian hydroxytyrosol dan oleuropein.

Kedua-dua sebatian ini adalah dalam kumpulan polyphenol iaitu sebatian antioksida yang ada dalam sayur-sayuran dan buah-buahan.

Cuma  hydroxytyrosol dan oleuropein sangat banyak terdapat pada daun dan buah zaitun. Oleh itu minyak zaitun adalah minyak yang mempunyai sebatian antioksida yang tinggi.

Semakin pahit minyak itu dikatakan lebih asli. Orang yang biasa mengambil minyak zaitun dalam makanan akan rasa seronok dengan rasa pahit dan kelat minyak ini seperti orang yang suka minum kopi, sukakan rasa pahit dan kelat kopi.

Minyak zaitun yang kurang rasa pahit dan kelat biasanya telah diproses (ditapis dan dimasukkan bahan peluntur). Ada minyak zaitun yang dicampur dengan minyak sayuran yang lain (seperti minyak canola) untuk menjadikan harganya lebih murah.

Bagi mengurangkan rasa pahit (terutama bagi mereka yang tak biasa dengan minyak zaitun), ambil satu sudu minyak zaitun, campurkan sedikit madu dan cuka teen.

Ia boleh terus dimasukkan ke dalam mulut atau dicampur dalam air kosong satu gelas.

Bila sudah biasa, boleh ambil terus satu sudu minyak zaitun ke dalam mulut.