PROMOTION FACE MASK ! HAND SANITIZER ! THERMOMETER WITH MDA !
NOVEMBER BIG SALE IS HAPPENING NOW!! DAPATKAN COUPON DISKAUN RM5 UNTUK PEMBELIAN MINIMUM RM50. COUPON CODE : PERMATA11
PETUA MUDAH TURUNKAN KUNING BAYI BARU LAHIR DI RUMAH !!!

Hati ibu mana tak resah bila bayi yang baru dilahirkan disahkan jaundice atau demam kuning. Pilu hati tengok bayi menangis tiap kali kena ambil darah. sabar ibu ! Jangan panik dan gelabah, kerana ianya adalah normal. 

menurut pakar perundingan kanak-kanak, Hospital universiti kebbangsaan malaysia (HUKM), prof. madya Dr. zulkifli jaundice adalah masalah biasa yang dialami oleh hampir 70% bayi yang  baru lahir. 

Jaundice terjadi apabila bilirubia  berlebihan di dalam darah. potensi anak mendapat jaundise adalah tinggi bagi ibu-ibu yang mempunyai darah kumpulan O. 

walaupun jaundise merupakan perkara normal, namun ianya perlu ada usaha sama ada secara moden mahu pun tradisional untuk menurunkan bacaannya ( Bacaan normal jaundise -5mg 1dl @ 85 um01/1). 

 

PETUA MUDAH TURUNKAN KUNING BAYI BARU LAHIR DI RUMAH 

1.ANGGUR HITAM 

Ambil anggur hitam. Ambil perahan airnya dan titiskan ke dalam bayi insha allah membantu. 

a                 AMBIL SEDIKIT AIR PERAHAN DAN TITISKAN KE MULUT BAYI 

2.TEBU HITAM 

Ambil tebu hitam bakar seketika api (5 minit ). Ketuk-ketuk tebu tersebut untuk mendapatkan perahan airnya. Titiskan air tebu tersebut ke dalam mulut bayi. amalkan sehingga kuning  bayi turun. 

                              TITISKAN AIR PERAHAN KE DALAM MULUT BAYI 

 

3. POKOK HUJAN LEBAT 

Rebus daun pokok hujan lebat bersama air sehingga mendidih. Tunggu sehingga air suam dan mandikan bayi anda berserta niat semoga kuning anak sembuh. 

       MANDIKAN BAYI DENGAN AIR REBUSANNYA 

 

4. SENGKUANG CINA 

Kupas kulit, kisar sehingga lumat. tapis berulang-kali sehingga tiada sisa-sisa sengkuang. Titiskan air tersebut ke dalam mulut bayi. Sengkuang cina dipercayai membantu menyejukan badan bayi & mengurangkan kuning. 

                   JADIKAN JUS. TAPIS UNTUK AMBIL AIRNYA DAN BAGI MINUM 

 

5. DAUN KUCAI DAN ASAM JAWA 

Ambil segenggam asam jawa, ramas & tapis. ambil secekak daun kucai, kisar hinggahalius & tapis. campurkan kedua  bahan & tapis semula untuk kali terakhir supaya tiada sisa yang tinggal. masukkan ke dalam besen mandian bayi bersama air suam  mandikan bayi dalam masa 20 minit, lebih baik badan bayi tengelam agar mandian kucar dan asam jawa tadi dapat menyerap ke dalam badan bayi. 

                    MANDIKAN BAYI SEHINGGA JAUNDISE BERKURANGAN

 

6. JEMUR BAYI DIBAWAH SINARAN MATAHARI PAGI 

Letakkan bayi anda berdekatan pintu atau tingkap saat matahari mula terbit (7.00-8.00 a.m)  supaya terkana tempias cahaya matahari yang baru keluar. jemur sekejap sahaja, Lebih kurang 10 minit. Ingat ye, Jemur pada awal pagi bukannya  je waktu matahari tengah panas terik .

J                                              JEMUR WAKTU AWAL PAGI

 

7. POKOK DUKUNG ANAK 

Ambil secekak pokok daun dukung anak, rebus sehingga mendidih. Biarkan sehingga suam & mandikan bayi anda. insyaallah kuning akan berkurang 

POKOK DUKUNG ANAK 

 

8. RAWATAN FOTOTERAPI

Rawatan fototerapi paras bilirubin mencecah tahap tinggi. namun rawatan ini kebiasannya bergantung kepada umur bayi dan sama ada bayi cukup bulan  atau pun pramatang.

rawatan ini dilakukan oleh pihak hospital dimana bayi akan diletakan di bawah lampu yang mempunyai jarak gelombang cahaya yang tertentu sama ada putih, biu muda, atau biru pekat, Bergantung kepada keadaan bagi dan punca kuning terjadi. 

r                                             RAWATAN FOTOTERAPI

 

9. RAWATAN TUKAR DARAH 

Rawatan ini dilakukan dalam situasi apabila paras bilirubin dalam darah terlalu tinggi dan tidak dapat diturunkan melalui rawatan fototerapi ataupun dalam keadaan klinikal tertentu. 

                                                 RAWATAN TUKAR DARAH 

 

10. MENGGUNAKAN TRUB BALM 

Sapukan trub balm dari tasneem naturel pada tapak kaki serta perut bayi ( Urutan i love u ) sekerap yang mungkin. Khasiat eo ginger, fennel lemongranss melawaskan pembuangan najis & air kencing anak  kerap membuang jaundise anak akan berkurangan. 

 

selain mengamalkan petua-petua ini, ibu juga perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara: 

 

1. SUSUKAN BAYI DENGAN KERAP

Jika kita perasan bayi yang terkena jaundice suka tidur dari berjaga. Anda perlu kejutkan bayi sekerap yang mungkin untuk menyusukanya. Susu ibu adalah penawar terbaik untuk jaundise. susukan bayi dengan kerap, dan yang paling penting, berikan susu ibu, Bukan susu formula. 

Susu ibu adalah penawar terbaik 

2. JAUHKAN WARNA KUNING 

Bagi kita mungkin tiada perkaitan, tapi bidan serta orang tua amat menitik beratkan hal ini. mereka melalang di pakaikan pakaian berwarna kuning kepada bayi selagi bayi belum bebas kuning. 

walau apa pun kaedah rawatan yang dilakukan. sebagai ibubapa kita perlu titik beratkan hal keselamatan. Jika tak berbahaya tak salah mencuba asalkan bayi comel kita kembali sihat. 

 

semoga tips yang saya kongsikan bermanfaat untuk semua ibu bapa. sebarang pertanyaan dan pembeliaan  boleh sahaya tekan di logo whatsApp